Sunday, August 22, 2010

A NEW BEGINNING

PARADIGMA OPTIMIS PERLUKAH?
Oleh firzil

Benarkah dengan bersikap optimis ada akan tergolong bersama mereka yang digelar sebagai ‘nerd’, ‘skema’ ataupun lebih mesra dikenali sebagai ‘budak kaca mata’. Malahan lagi, mereka yang sering bersikap optimis dikatakan ‘gila’ & ‘tidak berpijak pada dunia yang nyata’ lantaran pandangan mereka yang acapkali memandang ringan enteng matlamat mereka yang dianggap tidak mustahil sama sekali untuk digapai. Maka sebagai kesan dari itu, pelbagai bentuk tohmahan bahkan gelaran dilemparkan kepada mereka, seakan-akan mereka yang ‘non-optimis’ ini merasakan mereka memiliki sikap mahupun paradigma yang lebih tepat & jitu untuk diamalkan serta dibudayakan. Lebih menyayat hati lagi, golongan ‘non-optimis’ ini, memulaukan ‘golongan optimis’ ini sedangkan darah yang mengalir dalam setiap inci sel kapilari darah hingga ke akar tunjang pemikiran mereka tiada sedikit perbezaan dari segi warna, bahkan semuanya adalah merah dan merah asli, bukan berwarna pink, hijau, kelabu mahupun jingga. Oleh itu, apakah yang patut dibanggakan sangat oleh mereka yang tergolong di dalam golongan‘ non-optimis’ ini. Semuanya adalah serupa melainkan dari segi morfologi rupa paras ataupun darjah warna tona kulit yang mungkin agak berbeza mengikut geografi sesebuah negeri ataupun wilayah yang didiami. Akan tetapi secara anatomi mahupun morfologi luarannya secara puratanya adalah tidak jauh berbeza, begitu juga soal dalaman seseorang yakni bagaimana ianya berfikir, berniat mahupun bertindak, secara keseluruhannya memiliki pola gerak balas yang tidak pun dirasai sangat ketara jurang perbezaannya kecuali kebanyakkan dipengaruhi oleh pegangan dan budaya negeri ataupun wilayah tempat itu sendiri yang mana telah sedia diwarisi dari turun-temurun walaupun dicabar dengan momentum arus budaya ‘modenistik ’ yang semakin meningkat julat hentamannya dari generasi ke generasi. 





Jutaan persoalan bahkan pertanyaan mungkin menerjah ke dalam setiap kotak pemikiran anda akan definisi ataupun maksud sebenar di sebalik kalimah ‘optimis’ dan ‘non-optimis’ ini. Baiklah, di sini penulis ingin memperihalkan istilah ini mengikut tafsiran penulis yang diperolehi berdasarkan pengalaman dan ilmu yang umpama ‘sekangkang kera’ penulis sendiri. Ada kemungkinan ianya bersifat berat sebelah bagi sesetengah pemikir , walaupun begitu, ianya tertakluk dalam hak kebebasan berfikir dan penulis tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak, sekadar menempiaskan sedikit hamburan kata-kata yang tidak terucap dalam imaginasi sepanjang degupan normal jantung penulis yang tidak pernah henti berzikrullah. Menurut definisi dari kaca mata penulis, optimis atau yang sinonim dengannya ‘the positive’ membawa maksud orang yang berfikiran positif walaupun bagaimana pun kekangan bahkan malapetaka yang datang menyinggah, mereka tetap terus mengukir senyuman dan berterusan memotivasikan diri mereka tanpa melihat kesan dari masalah bahkan mereka melihat ‘solution’. Mereka ini suka bermain dengan imaginasi akan matlamat mereka walaupun dari segi kejangkauan akal ianya kelihatan mustahil. Namun begitu, mereka tetap berpegang teguh kepada sasaran yang ingin dicapai walaupun ianya menuntut pegorbanan yang tiada tolok bandingnya, penderitaan yang menyentap jiwa kebiasaan bahkan kesabaran yang memecah urat saraf hingga ke palang. Mereka malah sanggup merentasi sempadan maut ‘zon selesa’ dan memasuki ‘zon hell’ hanyalah semata-mata untuk melangkaui norma-norma insan biasa dalam menggenggam matlamat yang bertaut di hati untuk sekian lama. Maka tidak hairanlah kebanyakkan mereka yang berjaya adalah mereka yang menunjangkan identiti positif ini ke dalam diri mereka sejak impian mereka terlahir.

Sebagai contoh, Albert Einstein, seorang saintis terkenal, memenangi anugerah nobel, yang mana telah menemui satu formula E=mc2 iaitu formula bom atom yang mana telah berjaya menamatkan perang dunia kedua. Bahkan disebabkan paradigma seorang yang optimis yang cemerlang yang dizahirkan, beliau telah merentasi zaman keilmuan dari batasan kebiasaan yang sememangnya di luar norma kotak pemikiran masyarakat ketika itu. Pernahkah anda terfikir, bagaimana seorang kerani biasa yang mana tika masa lampau adalah pelajar yang tidak berjaya menamatkan pengajiannya bahkan kerap kali terlupa kunci rumah malah dimarahi guru beliau sendiri atas idea-idea gilanya. Lantas insan tersebut menarik diri dari alam persekolahannya dan belajar dengan alternatif sendiri. Beliau bukan sahaja menerima tamparan yang hebat di sekolah bahkan masyarakat sekeliling beliau menganggap beliau ‘insane’. Walaupun dihujani jutaan tanggapan negatif dan juga tohmahan masyarakat setempat, beliau tidak pernah menganggap ianya suatu halangan ataupun perkara yang melemahkan tetapi sebaliknya. Insan tersebut ialah Albert Eistein, terkejut bukan bagaimana beliau telah melaui episod penderitaan dalam hidup berbekalkan semangat seorang optimis di dalam pemikiran. Andai kata beliau tidak bersikap optimis masakan beliau dapat mengecapi kejayaan yang terbesar dalam hidup beliau kini? Dan sekiranya, beliau bersikap sebaliknya nescaya impian beliau hanya tinggal suatu angan-angan yang hilang ditiup angin lalu. Cerita di atas merupakan secebis contoh dari ribuan cerita-cerita benar dari mereka yang berjaya yang mana sememangnya tergolong dalam golongan yang sama iaitu golongan ‘optimis’.
Manakala, definisi bagi ‘non-optimis’, di sini ingin diingatkan bahawa definisi ‘non-optimis’ ini adalah bukan seerti mahupun seganding dengan definisi ‘pessimis’ kerana ‘pessimis’ mencerminkan golongan yang amnya bersangka buruk kepada orang lain kecuali dirinya. Golongan ‘non-optimis’ menurut perspektif penulis, ianya bermaksud mereka yang selalu menghukum orang lain dengan tindakan orang lain yang mana bertentang arus dengan arus pemikiran mereka kerana mereka merasakan wadah mereka lebih baik dan jitu. Mereka bukan sahaja tidak menghormati hak asasi manusia untuk membuat keputusan dalam melakukan sesuatu yang dirasakan perlu untuk diri bahkan mereka mengkafirkan golongan yang tidak segolong dengan mereka. Lebih teruk lagi, mereka mencanang-canang tafsiran mereka sendiri terhadap golongan ‘optimis’ gara-gara golongan ‘optimis’ ini tidak sealiran ataupun sepemikiran dengan mereka kepada masyarakat umum. Ada kemungkinan golongan ‘non-optimis’ ini gagal melihat khafiat di sebalik paradigma seorang optimis ini. Malahan, mereka acapkali menghukum orang lain sehingga buta melihat kelemahan sendiri bak kata perpatah ‘kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak pernah nampak’. Sebenarnya golongan ini memiiki impian malah harapan yang setinggi gunung. Bukan itu sahaja, matlamat mereka juga melampaui zaman mereka diami. Apabila ditujukan pertanyaan mengenai cita-cita mereka dengan megahnya mereka menjawab dengan gaya seorang pemimpin yang hebat sambil tidak terlepas gaya seorang diva yang termahsyur walhal sedikit sahaja kata-kata mereka yang ‘boleh pakai’ selebihnya hanyalah sekadar madah kosong yang tidak berlandaskan kemampuan sebenar diri mereka sendiri yang terungkap.Maka patutlah mereka ini menyingkap terlebih dahulu kelemahan-kelemahan diri mereka sebelum melanjutkan diri ke fasa diri seterusnya iaitu berubah dan menyelami pemikiran golongan ‘optimis’ ini. ‘cakap tak serupa bikin’ mungkin menjadi suatu ungkapan yang wajar dilabelkan kepada golongan ini yang mana tahu mencari kelemahan orang lain tetapi gagal melihat hakikat diri sendiri.


Sedarkah kita akan signifikasi yang dibawa oleh alur aura optimis mengalir ke dalam kehidupan seharian kita? Malahan dengan bertunjangkan paradigma positif ini dalam diri mampu melahirkan seorang insan yang cemerlang tanpa mengenal latar belakang keluarga, sejarah, agama, fahaman ataupun negara.
Sekiranya, alur ini dipimpin dan diamplifikasikan kekuatan getaran gelombang arusnya ianya mampu
menjadi alur aura yang bukan lagi mengalir akan tetapi mengarus sekuat seumpama arus di hulu yang mana arusnya bukan sahaja mampu menghakis tebing sungai yang kuat mencengkam bahkan menangkis setiap batuan halangan yang datang menyinggah. Pernahkah anda mendengar suatu kuasa yang digeruni oleh musuh-musuh pemilik kuasa ini dan ianya suatu bentuk tenaga yang melansungkan kesinambungan dalam misi mencapai impian dan matlamat yang kian hari kian terpancul di benak pemikiran. Ianya penyumbang utama tenaga dalaman tidak pernah sesaat berhenti dijanakan yang mana berpusat di hati. Ianya suatu kuasa yang menetapkan pendirian seseorang dan membutakan mata hati dalam mengenal erti ‘putus-asa’. Ianya tidak lain tidak bukan, adalah kuasa paradigma optimis. Jikalau ianya dimiliki oleh pelajar nescaya pelajar tersebut akan menjadi seorang pelajar yang dikagumi dan menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain. Mengikut pengalaman penulis sendiri tika menjadi seorang pelajar di alam persekolahan yang pernah merasai kehebatan kuasa ini. Penulis bukan sahaja telah melakukan anjakan paradigma yang mana dulunya pernah menjadi seteruk-teruk pelajar di sekolah sehinggalah menjadi pelajar yang dicontohi dan diwar-warkan kehebatan dalam kalangan pelajar-pelajar junior. Akan tetapi doa dan tawakkal yang tidak putus-putus adalah perkara fardhu yang memangkinkan lagi apa yang dikecapi kejayaan penulis sekarang. Penulis sekarang bukan sahaja bersama –sama belajar dengan mereka yang dikenali ‘bijak-pandai’ bahkan bersaing bersama mereka. Hakikat merasai kuasa paradigma optimis sungguh menakjubkan dan wajib dicontohi oleh mereka yang menuntut ilmu terutamanya mereka yang ingin mencapai apa-apa kejayaan dalam dunia yang kian menuntut pelbagai kehebatan dari mereka yang berada di jalan menuju ke ambang kejayaan. Kadang-kala, ianya menuntut kesabaran dan pada masa yang sama mendambakan penderitaan dalam memiliki seurat kecil ‘kejayaan’.
Kesimpulannya, tidak perlu dibanding-bandingkan segala apa kelebihan mahupun kekurangan dari wadah yang tepat dalam meniti jambatan kejayaan, akan tetapi paradigma mahupun personaliti dalaman optimis yang menjadi batu loncatan dalam segala apa yang kita lakukan. Semakin optimis kita dalam menghadapi ujian atupun halangan semakin hampir kita dengan bunga-bunga kejayaan. Semuannya hanyalah bergantung kepada kita untuk menjadi golongan yang mana satu. Samada berpihak kepada golongan yang ‘non-optimis’ ataupun golongan yang ‘optimis’. Bak kata pepatah inggeris ‘a thousand miles journey, begins with a one step’ . Seandainya anda merasakan ianya suatu kesukaran dalam membuat keputusan , sentiasalah menanam pepatah ini di dalam kotak pemikiran anda iaitu ‘when it comes to a road when you have to choose which one is the better, perhaps you should pick one and feel it how it looks like but if you do nothing, you will be forced to pick one eventually, unfortunately, the road may not your option and you will be sorry for that’. Saranan penulis, orang yang berjaya adalah mereka yang sentiasa bermotivasi dan optimis dalam mengaut setitis demi setitis pengalaman yang diperolehi malah berterusan menggenggam bara matlamat yang diidamkan tanpa sedikit pun menghempaskan kata-kata makian menyalahkan orang lain di atas kegagalan yang datang menyinggah.